KUALA LUMPUR: Orang ramai yang berhasrat untuk berkhemah atau beriadah di jeram, air terjun atau lokasi rekreasi air yang bukan tempat rekreasi awam, diminta agar sentiasa peka dengan sebarang perubahan keadaan air sungai di kawasan berkenaan.
Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Aminurrahim Mohamed berkata ia termasuk paras ketinggian, warna, kederasan dan keberadaan puing-puing asing yang timbul di permukaan selain mengawasi aktiviti ahli keluarga terutama anak-anak di dalam air.
"Perubahan ini merupakan antara indikator untuk mengesan sebarang kemungkinan bahaya yang boleh berlaku serta membolehkan mereka yang menyertai aktiviti perkhemahan mengambil langkah keselamatan awal sekiranya berlaku kejadian kepala air seperti di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu.
"Antara langkah lain yang perlu dilakukan ialah dengan melaporkan sebarang aktiviti dan pergerakan yang hendak dilakukan di balai polis berhampiran selain memastikan diri serta ahli keluarga dalam keadaan sihat," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata selain itu, orang ramai digesa sentiasa mengambil tahu tentang situasi cuaca di lokasi yang dituju dan memastikan kawasan perkhemahan didirikan di tapak serta jarak yang selamat dari gigi air.
Aminurrahim berkata langkah itu bagi memastikan mereka mempunyai tempoh masa mencukupi untuk menyelamatkan diri jika berlaku kenaikan paras air yang drastik.
"Orang ramai juga perlu berwaspada dengan impak angin kencang dan hujan lebat yang boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh, kepala air, kerosakan struktur serta pokok tumbang bukan sahaja di kawasan rekreasi awam tetapi juga boleh berlaku di kawasan awam dan kediaman," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023
Orang ramai digesa sentiasa mengambil tahu tentang situasi cuaca di lokasi yang dituju dan memastikan kawasan perkhemahan didirikan di tapak serta jarak yang selamat dari gigi air. - Gambar fail
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiga empangan di Johor hampiri paras kritikal
Paras air di Empangan Bekok, Machap dan Sembrong hanya mampu bertahan selama 55 hari sekiranya tiada hujan hingga 30 April ini.
Penduduk tak perlu bimbang, bekalan air mencukupi - Chow
Walaupun paras air di Empangan Air Itam merosot namun penduduk tidak perlu bimbang kerana terdapat dua lagi empangan utama.
P. Pinang pantau rapi kapasiti Empangan Air Itam
PBAPP mengambil langkah awal sejak Februari, dengan melaksanakan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024) menerusi beberapa strategi.
El Nino: Paras air tiga empangan MADA selesa dan mencukupi
Sehingga hari ini, jumlah keseluruhan takungan ketiga-tiga empangan MADA ialah 887,920 ekar kaki bersamaan 72.6 peratus.
Selatan Perancis masih tenggelam akibat banjir
Kawasan di Beaucaire, timur Montpellier di selatan Perancis masih ditenggelami air meskipun banjir mula surut pada Isnin.
Paras air di tujuh empangan Selangor stabil - Exco
Paras air tujuh empangan di Selangor masih berada pada paras stabil, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Izham Hashim.
Paras air sepanjang LDP, berhampiran IOI Puchong naik lebih 3 meter
Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengeluarkan amaran awal banjir di sepanjang Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran pusat beli belah IOI Mall Puchong.
Kemarau berpanjangan: Penghantaran di Terusan Panama dihadkan
Terusan Panama mengehadkan jumlah laluan kapal berikutan paras air yang semakin surut akibat kemarau berpanjangan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Orang ramai diminta peka dengan sebarang perubahan keadaan, paras ketinggian air
Perubahan ini merupakan antara indikator untuk mengesan sebarang kemungkinan bahaya yang boleh berlaku.
Paras air Empangan Bukit Merah susut: JPS Perak laksana catuan air
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaksanakan catuan air berikutan penyusutan paras air di Empangan Bukit Merah.